TONJOL gaya elegan, tidak perlu digosok menjadikan ia mudah dipakai.
TONJOL gaya elegan, tidak perlu digosok menjadikan ia mudah dipakai.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Gaya ringkas, namun masih mengekalkan keselesaan dan kekemasan begitu dititikberatkan oleh kebanyakan Muslimah hari ini.

Justeru, tidak hairanlah ada Muslimah yang lebih selesa untuk menggayakan pakaian sedia dipakai dan selendang segera untuk bergaya kasual mahupun santai.

Memahami kehendak Muslimah hari ini, Myraudhah Signature yang dikendalikan oleh Nursyuhada Ramat dan rakan kongsinya, Azlina Mohamed menampilkan koleksi kardigan labuh dan selendang segera terkini.

Hasil daripada pemerhatian, percubaan dan perbincangan bersama rakan yang terbabit dalam bidang fabrik serta jahitan, kedua-dua wanita ini memberanikan diri memperkenalkan rekaan terbaru butik berkenaan.

Bagi memberi keselesaan kepada semua pengguna Muslimah, pemilihan fabrik dan potongan yang sesuai begitu dititikberatkan.

Helaian kardigan labuh itu menonjolkan gaya elegan, namun masih mengekalkan konsep Muslimah yang sesuai digayakan ke majlis korporat mahupun ketika bersantai bersama teman.

Potongan kardigan dan jahitan yang kemas selain material eksklusif moss crepe Itali memberikan ciri sejuk serta selesa ketika dipakai.

Semua koleksi yang ditampilkan sengaja direka polos tanpa sebarang perincian kerana ia memberi fokus terhadap jahitan dan fabrik yang digunakan.

Menarik­nya, kardigan labuh itu tidak perlu digosok menjadikan ia mudah dan cepat untuk bergegas ke lokasi yang dijanjikan. Selain kardigan labuh, jenama berkenaan turut menampilkan rekaan selendang segera bagi memudahkan pemakai bergaya senada.

Ia mudah dan pantas digayakan di samping membantu mengelakkan penampilan bentuk wajah yang bulat kepada si pemakai. Bemula pada harga RM39 hingga RM69, semua koleksi jenama berkenaan boleh didapati di myraudhah.official (Instagram) dan my raudhah (Facebook).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2016 @ 5:01 AM