HAFIFI sedia jalani ujian doping kerana tidak guna bahan terlarang.
HAFIFI sedia jalani ujian doping kerana tidak guna bahan terlarang.
Oleh Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Pemenang pingat emas sukan Komanwel Glasgow 2014 Mohd Hafifi Mansor (gambar) menegaskan kejayaannya mencipta rekod baru dalam tempoh seminggu adalah hasil usaha kerasnya untuk memartabatkan sukan angkat berat.

Biarpun beberapa rakan seangkatannya dikaitkan dengan penyalahgunaan bahan terlarang sebelum ini, Hafifi menekankan kejayaannya itu hasil usahanya mengikut garis panduan ditetapkan Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Mengakui tidak dapat lari daripada tanggapan negatif terutama membabitkan kejayaannya mencipta rekod baru dalam tempoh seminggu, jaguh kelahiran Terengganu itu menegaskan dia bagaimanapun tidak bimbang sekiranya Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS) mahu membuat ujian terhadapnya.

“Saya tidak bimbang jika mereka mahu melakukan ujian doping. Tahun ini saja sudah dua kali saya menjalani ujian itu iaitu ketika di Qatar dan juga ketika menyertai Kejohanan Angkat Berat Komanwel di India Oktober lalu.

“Jadi saya berharap tiada tanggapan negatif terutama terhadap atlet angkat berat selepas ini kerana tidak semua terbabit dengan penyalahgunaan bahan terlarang itu,” katanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2015 @ 5:17 AM