Bahagian soket penyambung kepala bateri mempunyai serbuk putih yang sudah menghakis dan semakin nipis menyebabkan kereta sukar dihidupkan.

Bagaimana ia berlaku dan cara untuk mengatasinya?

BINGUNG

Selangor

Serbuk putih yang kelihatan itu sebenarnya adalah perkara biasa. Ia terjadi akibat tindak balas kimia oleh sentuhan dua permukaan logam dan arus elektrik yang melaluinya.

Serbuk putih itu tidak begitu berbahaya, tetapi jika berterusan akan menyebabkan hakisan logam.

Cara membersihkannya adalah mudah, iaitu dengan menuang air mendidih ke atas serbuk itu hingga larut dan menjadi bersih.

Bagi mengelakkan ia berulang, elak daripada terdedah kepada udara dengan membersihkan permukaan bersentuh dan salut terminal dengan minyak gris.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2015 @ 5:00 AM