PENYERAHAN tugas antara Roslin dan Shan Gopal disaksikan Wan Kamarul Azran. FOTO Ihsan Polis
PENYERAHAN tugas antara Roslin dan Shan Gopal disaksikan Wan Kamarul Azran. FOTO Ihsan Polis
Raja Noraina Raja Rahim


Sepang: Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Superintendan Shan Gopal Krishnan dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang baharu berkuat kuasa hari ini.

Shan Gopal menggantikan Deputi Superintendan Roslin Mohamadisa yang sebelum ini memangku jawatan itu.

Beliau yang berpengalaman luas dalam siasatan jenayah pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di beberapa daerah sebelum ini.

Shan Gopal pernah dianugerahkan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Terbaik pada tahun 2019.

Selain itu, beliau juga terbabit dalam beberapa operasi penting antaranya menumpaskan kumpulan kongsi gelap Geng 21 menerusi Op Cantas dan membanteras aktiviti 'tonto' dalam operasi khas bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Penduduk setempat berharap beliau dapat membantu komuniti dengan kehadirannya

Terdahulu, penyerahan tugas berkenaan disaksikan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Majlis serah terima tugas dihadiri Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Polis Balai di bawah pentadbiran IPD Sepang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 April 2024 @ 2:29 PM