GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Fahmy A Rosli


Kuala Lumpur: Isu kekurangan 20,000 guru sekolah cuba diatasi apabila seramai 6,034 guru baharu lantikan secara kontrak ditempatkan di sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) Isnin lalu.

Dalam kenyataan tadi, KPM memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 1,858 calon ditempatkan di sekolah menengah, manakala 4,176 lagi di sekolah rendah.

Mengulas lanjut KPM berkata, penempatan baharu lantikan secara kontrak itu dibuat berdasarkan tiga prinsip asas.

"Ia merangkumi kepentingan perkhidmatan, kekosongan perjawatan serta keperluan opsyen atau mata pelajaran semasa di sekolah.

"KPM ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) atas lantikan guru baharu lantikan secara kontrak bagi memenuhi keperluan semasa di sekolah seluruh negara.

"KPM dan SPP akan terus bekerjasama erat bagi memastikan isu kekurangan guru dapat di atasi.

"Pelantikan guru baharu secara kontrak adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2024 @ 10:01 AM