SUSPEK di Mahkamah Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
SUSPEK di Mahkamah Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: "Saya akan beri kerjasama kepada pihak polis," kata suspek lelaki disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Kota Bharu.

Lelaki berusia 38 tahun itu kelihatan tenang dan turut memberi salam kepada kumpulan media.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Kota Bharu pada jam 8.30 pagi dengan diiringi empat pegawai termasuk anggota polis.

Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Isnin ini untuk membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Suspek ditahan semalam selepas 36 jam melarikan diri.

Hafizul guna identiti individu lain, tukar nombor plat kereta - Polis

Suspek kes tembak KLIA mungkin mahu lari ke Makkah melalui Thailand - Polis

Suspek ambil laporan kesihatan di hospital sebelum ditahan

'Saya perlukan 7 peguam wakili saya'

Hafizul akan dibawa ke KL untuk siasatan lanjut

Hafizul direman tujuh hari

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2024 @ 10:43 AM