SAINY Edris.
SAINY Edris.
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Datuk Sainy Edris meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, 5.46 petang semalam.

Jenazahnya dibawa ke rumahnya di Batu 12, Kampung Telok Pelandok di sini, malam tadi, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pasir Panjang, sebelum solat Zohor, hari ini.

Allahyarham yang juga Adun Pasir Panjang selama dua penggal bermula tahun 1995 hingga 2004, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2024 @ 8:06 AM