PASUKAN perubatan mengesahkan Mohd Irfan Abdullah meninggal dunia selepas lemas di Sungai Bagan, FOTO Ihsan JBPM.
PASUKAN perubatan mengesahkan Mohd Irfan Abdullah meninggal dunia selepas lemas di Sungai Bagan, FOTO Ihsan JBPM.
Hazira Ahmad Zaidi


Machang: Keterujaan remaja lelaki mencari ulam bersama datuknya bertukar tragedi apabila dia tergelincir ke dalam sungai dan ditemui lemas, hari ini.

Mayat Mohd Irfan Abdullah, 13, ditemui di Sungai Bagan di Kampung Bagan Atas di sini, pada 3.30 petang oleh bapanya sendiri yang turut sama dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Azwan Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.52 petang dan seramai 17 anggota BBP itu dan Ketereh terbabit operasi.

"SAR bermula dengan pencarian di permukaan bersama orang awam dan ketika itu, mangsa ditemukan pada jarak lima meter dari lokasi jatuh.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan pada 3.47 petang dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2024 @ 6:15 PM