Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui lemas di Sungai Pegalan, Kampung Panagatan, Keningau. FOTO Ihsan Bomba.
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui lemas di Sungai Pegalan, Kampung Panagatan, Keningau. FOTO Ihsan Bomba.
Juwan Riduan


Keningau: Remaja lelaki yang hilang selepas mandi di Sungai Pegalan dekat Kampung Panagatan, di sini ditemui lemas, malam tadi.

Mayat Aloysius Alfred, 13, ditemui pada 9.50 malam, pada jarak 520 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sharudy Delamin berkata, mangsa ditemui penduduk kampung sebelum memaklumkannya kepada pasukan.

"Mangsa kemudian dibawa ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Susulan penemuan itu, SAR mencari mangsa ditamatkan.

Sebelum ini media melaporkan kehilangan Aloysius di sungai itu selepas mandi-manda bersama lima rakan, dengan bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.50 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Februari 2024 @ 12:24 AM