ROZIZAH (kiri) memberi taklimat kawasan pencarian mangsa lemas di Pantai Batu Burok, hari ini. FOTO Baharom Bakar
ROZIZAH (kiri) memberi taklimat kawasan pencarian mangsa lemas di Pantai Batu Burok, hari ini. FOTO Baharom Bakar
Baharom Bakar


Kuala Terengganu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Zulkarnain Mohamed Zubir yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Burok semalam, diteruskan hari ini dengan bantuan anjing pengesan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri menggunakan khidmat dua anjing pengesan K9 untuk pencarian di pesisir pantai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abnihajar berkata, ia akan bermula dari lokasi awal kejadian hingga ke Pantai Pandak, Chendering.

Katanya, SAR bermula 7.40 pagi tadi juga akan diperluas hingga lima kilometer dan pencarian di air oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

"Kita juga akan menggunakan helikopter untuk mengesan mangsa melalui udara.

"Dua unit dron masing-masing daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan JBPM negeri turut diterbangkan dalam operasi ini," katanya ketika ditemui di Pantai Batu Burok.

Selain itu, aset lain yang digunakan adalah bot termasuk milik Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim.

Dalam kejadian 11.20 pagi semalam, Zulkarnain, 44, bersama isterinya,

Nora Elina Abdul Khalil, 44, dan dua anak perempuan bercuti ke negeri ini sebelum tragedi itu berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Februari 2024 @ 12:16 PM