KENDERAAN polis membawa mayat kedua kejadian pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang. FOTO Faiz Anuar
KENDERAAN polis membawa mayat kedua kejadian pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Klang. FOTO Faiz Anuar
Muhaamad Hafis Nawawi dan Ruwaida Md Zain


Klang: Mayat mangsa nahas pesawat ringan yang terhempas dalam kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar sudah dibawa keluar jam 8 malam ini.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa dengan dua trak polis jam 8.10 malam ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk proses bedah siasat.

Terdahulu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar mengesahkan juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar terkorban.

Identiti mangsa terkorban adalah Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 tahun dan Roshaan Singh Raina, 42.

Mayat kedua-dua lelaki warga tempatan berusia 30-an dan 40-an ditemui dalam kokpit pesawat yang terjunam lebih dua meter ke dalam tanah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Februari 2024 @ 8:47 PM