SULTAN Ibrahim berkenan menerima Hormat Diraja daripada pasukan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pada Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Dataran Istana Negara. FOTO Bernama

BERNAMA

Kuala Lumpur: Istana Negara hari ini memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Raja Permaisuri Agong yang telah dikemas kini.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong Datuk Nazim Mohd Alim memaklumkan penggunaan nama rasmi bagi Yang di-Pertuan Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim .

Beliau turut memaklumkan bagi Raja Permaisuri Agong ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Sultan Ibrahim lafaz sumpah jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-17

Biodata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 January 2024 @ 1:04 PM