AHMAD Sukarno ketika sidang media di IPD Sentul. FOTO Aizuddin Saad
AHMAD Sukarno ketika sidang media di IPD Sentul. FOTO Aizuddin Saad
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Kertas siasatan berhubung pelajar cedera dipukul kerana enggan ponteng sekolah sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwaraya (TPR).

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya masih menunggu arahan untuk tindakan yang seterusnya daripada TPR.

"Kertas siasatan sudsh diserahkan kepada TPR. Masih menunggu arahan seterusnya " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan pelajar berusia 14 tahun cedera dipukul kerana enggan ponteng sekolah di Segambut Dalam di sini, Jumaat lalu.

Suspek, 15, memukul mangsa menggunakan topi keledar di bahagian muka dan dada.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 January 2024 @ 12:33 PM