RAKAMAN video tular memaparkan dua buaya dalam sungai dipercayai berhampiran Kawasan Perindustrian USJ, Subang Jaya.
RAKAMAN video tular memaparkan dua buaya dalam sungai dipercayai berhampiran Kawasan Perindustrian USJ, Subang Jaya.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan menjalankan siasatan berhubung video penemuan buaya didakwa di sungai berhampiran Kawasan Perindustrian USJ, Subang Jaya, Selangor.

Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, tiada laporan diterima setakat ini, namun siasatan akan dijalankan berdasarkan rakaman yang tular.

"Kami belum terima (aduan) secara rasmi daripada orang awam.

"Namun berdasarkan hantaran tular di media sosial itu, anggota kami akan siasat maklumat ini di lapangan terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Terdahulu, rakaman video tular di media sosial Facebook sejak kelmarin, memaparkan dua buaya didakwa ditemui dalam sungai belakang kilang di kawasan perindustrian berkenaan.

Video berdurasi 25 saat itu dirakam orang awam yang melalui jalan berhampiran sungai berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2024 @ 12:10 PM