ANTARA pemandu yang terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Persiaran Molek Utama, Taman Molek, Johor, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
ANTARA pemandu yang terperangkap dalam banjir kilat di Jalan Persiaran Molek Utama, Taman Molek, Johor, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Remaja lelaki dan wanita warga emas berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kereta ketika banjir kilat di Jalan Persiaran Molek Utama, Taman Molek, di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.38 petang.

Beliau berkata, sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya ke lokasi kejadian.

"Setiba di lokasi didapati dua pemandu terperangkap dalam kenderaan dipandu akibat banjir kilat.

"Mereka dikenali Lew Say Moi, 70 tahun, yang memandu Proton Saga dan remaja lelaki, Harry Boon Kim Quan, 17 yang memandu BMW 218i," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kedua-duanya kemudian dibawa ke tempat selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Disember 2023 @ 7:19 PM