DR Dzulkefly Ahmad. FOTO Arkib NSTP
DR Dzulkefly Ahmad. FOTO Arkib NSTP
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Menteri Kesihatan baharu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan kesediaannya untuk berkhidmat semula selepas berehat selama 12 bulan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor juga mengucapkan penghargaannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memberikan kepercayaan dilantik sebagai Menteri Kesihatan.

"12 bulan rehat yang baik atau seakan terhenti. Sedia untuk bangkit semula.

"Terima kasih atas peluang yang diberikan PMX @anwaribrahim," katanya menerusi tulisan di platform X.

Beliau berkata demikian menjawab ucapan tahniah daripada Pengerusi MedTweetMY, Dr Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin di platform berkenaan.

Dr Dzulkefly sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri Kesihatan semasa pentadbiran kerajaan diterajui oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, selepas Kerajaan Perpaduan memerintah, beliau tidak dilantik ke sebarang jawatan dalam Kabinet.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2023 @ 2:55 PM