LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Zuhainy Zulkiffli


Bayan Lepas: Laporan hasil bedah siasat mayat bayi perempuan yang ditemukan terdampar di pesisiran pantai Persiaran Bayan Indah berhampiran pusat beli belah Queensbay di sini, semalam, didapati mempunyai kesan kelar di leher.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, sehubungan itu, penemuan mayat bagi berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan pada leher akibat dikelar (incised wound to the neck).

"Selepas mendapat keputusan hasil bedah siasat itu, ia diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan C Jivendran Muthuliyar di talian 019-346 9718 bagi membantu siasatan.

Bedah siasat dijalankan di Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai penemuan mayat bayi terbabit terbabit oleh orang awam yang beriadah di tepi pantai berkenaan.

Mayat itu ditemukan terdampar di atas batu sebelum orang awam memaklumkan kejadian kepada pihak polis pada jam 5.55 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2023 @ 10:32 PM