FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Oleh Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan kategori buruk dan waspada yang dijangka berlaku di beberapa negeri pantai timur dan utara Semenanjung sehingga esok.

Ketua Pengarahnya Muhammad Helmi Abdullah berkata, berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan berkenaan.

Menurutnya, keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan.

"Sehubungan itu, METMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk dan waspada) membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak sehingga esok.

"Sementara itu, di negeri lain ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga malam," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2023 @ 3:02 PM