Nor Fazlina Abdul Rahim

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 72 individu sehingga jam 4 petang ini berbanding 17 mangsa pagi tadi.

Kesemua mereka membabitkan 17 keluarga itu ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Puteh iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu dan SK Wakaf Raja.

PPS SK Dalam Rhu menempatkan 42 mangsa, manakala SK Wakaf Raja menempatkan 30 mangsa.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa banjir berkenaan termasuk enam bayi dan empat orang kelainan upaya (OKU).

Sementara itu, berdasarkan laman web rasmi Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dua sungai di Kelantan iaitu Sungai Kelantan di Kota Bharu dan Sungai Semerak di Bachok melepasi paras waspada.

Keadaan banjir di Jalan Kampung Dalam Ru dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak semalam ketika tinjauan hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Keadaan banjir di Jalan Kampung Dalam Ru dinaiki air ekoran hujan berterusan sejak semalam ketika tinjauan hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2023 @ 4:41 PM