Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM65,379,959.08 daripada Pengerusi Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman (kanan) bagi pihak PPZ-MAIWP dalam Majlis Zakat Korporat PPZ-MAIWP di Istana Negara hari ini. FOTO BERNAMA

BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM65 juta bagi pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Majlis simbolik penyerahan bayaran berjumlah RM65,379,959 bagi tahun 2022 dan 2023 daripada 16 syarikat korporat itu berlangsung di Istana Negara.

Syarikat terbabit ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, FGV Group, Lembaga Tabung Haji, Tenaga Nasional Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad, Co-opbank Pertama Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Turut terbabit TH Travel Sdn Bhd, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Etiqa General Takaful Berhad, Rakyat Management Services Sdn Bhd, Etiqa Family Takaful Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Percetakan Nasional Malaysia Berhad dan Wasco Berhad.

Hadir sama pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Pengerusi PPZ-MAIWP Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Sementara itu, PPZ-MAIWP dalam kenyataannya memaklumkan bagi tempoh Januari hingga Oktober ini, zakat perniagaan sebanyak RM109,306,371.70 berjaya dikutip membabitkan 3,504 pembayar.

"Menjelang hujung tahun 2023, PPZ-MAIWP ingin mengajak seluruh masyarakat Islam agar menyegerakan bayaran zakat mereka bagi mengelakkan bayaran saat akhir," menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 November 2023 @ 2:40 PM