ANGGOTA BBP Sik mengharungi kawasan yang terjejas banjir selepas laluan di kawasan itu terputus ditenggelami air untuk menyelamatkan mangsa. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA BBP Sik mengharungi kawasan yang terjejas banjir selepas laluan di kawasan itu terputus ditenggelami air untuk menyelamatkan mangsa. FOTO Ihsan JBPM
Zuliaty Zulkiffli

Sik: Satu lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini yang menempatkan lima sekeluarga.

Pembukaan PPS Surau Kampung Belimbing itu menjadikan keseluruhan tiga PPS yang aktif setakat 8 pagi ini dengan keseluruhan 72 mangsa daripada 15 keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, PPS berkenaan dibuka pada 11 malam, manakala dua PPS terdahulu diaktifkan sebelum itu disebabkan paras air meningkat.

Katanya, antara kampung terjejas Kampung Banggol Kiat, Taman Derdap, Kampung Jerai, Kampung Belimbing, Kampung Seberang Pekan Sik, Kampung Kemelong di Mukim Sik, manakala Kampung Pinang dan Kampung Surau di Mukim Sok.

"Anggota APM Sik masih memantau kawasan yang terjejas," katanya yang turut menasihati penduduk di kawasan rendah supaya berhati-hati dan berpindah sekiranya paras air semakin meningkat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2023 @ 9:07 AM