Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura, memberi penghormatan yang berbeza dengan menyampaikan Serum NIVEA LUMINOUS 630 Anti-Bintik Penuaan dan Kedutan baharu kepada Permaisuri ke Permaisuri Agong - FOTO NIVEA
Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura, memberi penghormatan yang berbeza dengan menyampaikan Serum NIVEA LUMINOUS 630 Anti-Bintik Penuaan dan Kedutan baharu kepada Permaisuri ke Permaisuri Agong - FOTO NIVEA
Nurshafika Suhaimi

Kuala Lumpur : Jenama penjagaan kulit terkemuka di Malaysia hari ini menerima kunjungan ke ruang pameran NIVEA oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Pertandingan Tahunan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2023 yang ke-18, bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

NIVEA turut mempersembahkan kepada Raja Permaisuri Agong inovasi dua faedah terbaru mereka iaitu Serum NIVEA LUMINOUS 630 Anti-Bintik Penuaan dan Kedutan.

Sebelum ini, tular pengakuan baginda menggunakan cream NIVEA di laman twitter selepas menerima  produk daripada jenama NIVEA.

Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia dan Singapura berkata ia merupakan satu penghormatan untuk berkongsi perkembangan NIVEA LUMINOUS 630 dengan baginda untuk tahun ketiga.

Ini adalah detik yang istimewa bagi NIVEA kerana dapat mempamerkan produk inovatif terbaru kami dan juga keberkesanan Serum NIVEA LUMINOUS 630 Anti-Bintik Penuaan dan Kedutan yang mampu menangani dua masalah kulit utama iaitu bintik penuaan dan kedutan, dalam satu botol serum," katanya.

NIVEA turut berbangga kerana berpeluang sekali lagi menjadi rakan penjagaan kulit rasmi untuk Pertandingan Tahunan Rekaan Batik Piala Seri Endon 2023 yang terus menyokong Yayasan Budi Penyayang Malaysia dalam memelihara salah satu warisan tertua Malaysia dengan menyediakan platform untuk memartabatkan lagi seni Batik.

"Teras utama Beiersdorf adalah penjagaan yang melangkaui penjagaan kulit.

"Kami sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama bersama rakan kongsi untuk memupuk perkara penting dalam kehidupan orang ramai.

"Oleh itu, kami sungguh berbesar hati untuk meneruskan sokongan kami kepada Piala Seri Endon, yang mana misinya adalah untuk memupuk dan menjaga warisan batik Malaysia,"katanya.

Diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), Dato' Leela Mohd Ali, Raja Permaisuri Agong dipersembahkan dengan serum NIVEA LUMINOUS 630 Anti-Bintik Penuaan dan Kedutan baharu, yang mengandungi penyelesaian anti-bintik hitam.

Selain membantu mengurangkan bintik penuaan dalam masa dua minggu, produk yang digabungkan dengan formula anti-penuaan ini turut berupaya mengekalkan struktur kulit dan mengisi kedutan hanya dalam masa tujuh hari.

Setiap hasil kajian bukan sahaja diuji makmal, tetapi juga telah disahkan melalui testimoni pengguna Malaysia sebenar.

Pada masa yang sama, NIVEA turut mempamerkan maklum balas sahih dan testimoni daripada pengguna yang gembira dengan hasilnya.

Dengan penggunaan selama dua minggu, pengguna melaporkan sekurang-kurangnya 90 peratus pengurangan bintik penuaan dengan peningkatan 95 peratus dalam kecerahan kulit.

Selain itu, dalam masa tujuh hari, serum ini juga menunjukkan pengurangan kedutan sebanyak 82 peratus.

Sebagai serum Anti-Bintik nombor satu dunia, NIVEA LUMINOUS 630 terus meningkatkan pengalaman penjagaan kulit untuk jutaan penggunanya di seluruh dunia.

Selaras dengan komitmen NIVEA yang tidak berbelah bahagi untuk menjaga kulit anda, NIVEA memperkenalkan dua serum baharu kepada rangkaian LUMINOUS 630 & Serum NIVEA LUMINOUS 630 2-dalam-1 Anti-Bintik Penuaan dan Kedutan dan Serum NIVEA LUMINOUS 630 Anti-Bintik Bekas Jerawat.

Setiap satu disesuaikan dengan keperluan penjagaan kulit khusus untuk mengurangkan semua jenis bintik hitam.

Penggemar kecantikan yang ingin mencuba serum terbaru ini boleh terus ke mana-mana cawangan Watsons untuk merasai sendiri produk ini.

Serum NIVEA LUMINOUS 630 Anti-Bintik Hitam dikuasakan oleh LUMINOUS 630 serta terbukti 10 kali lebih berkesan daripada bahan pencerah yang terkenal untuk mengurangkan bintik hitam dalam masa dua minggu tanpa membahayakan kulit.

Selain itu, serum NIVEA baharu ini memberikan penjagaan kulit dengan tiga tindakan, diperkaya dengan LUMINOUS 630, asid salicylic dan ekstrak teh hijau bagi megurangkan kesan bekas jerawat, mengecilkan liang pori dan mengawal minyak pada kulit muka.

Untuk maklumat lanjut tentang produk NIVEA dan kemas kini terkini, ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari https://www.nivea.com.my/.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2023 @ 1:53 PM