Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy Wan Ismail
Asrol Awang


Kuantan: Nama calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai akan diumumkan, malam esok.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan mengumumkannya pada 8.30 malam.

"Setakat ini, Datuk Seri Wan Rosdy akan mengumumkan nama calon yang bakal bertanding di PRK Dun Pelangai," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Minggu lalu, Wan Rosdy mengesahkan BN Pahang menyenarai pendek empat daripada enam nama sebagai calon PRK Dun Pelangai.

PRK Dun Pelangai ditetapkan pada 7 Oktober depan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Johari Harun dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2023 @ 1:44 PM