DR Mohd Zamri Mohd Zainuldin
DR Mohd Zamri Mohd Zainuldin
Muhamaad Razis Ismail dan Muhaamad Hafis Nawawi


Shah Alam: Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Burong, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin memenangi kerusi itu sudah menjangka keputusan berdasarkan momentum keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu di Parlimen Tanjong Karang.

Mohd Zamri berkata, jangkaan untuk menang itu sudah ada dan kerja keras jentera parti sejak kalah PRU-14 berjaya menghasilkan kemenangan ini.

"Semua ini kerja Allah di atas kemenangan ini... Alhamdulillah," katanya ketika ditemui pusat media Perikatan Nasional (PN), di sini.

Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin memenangi kerusi itu, dengan memperoleh 15,447 undi, mengalahkan calon BN, Mohamad Khir Ramli (8,605 undi), dengan majoriti 6,842 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 10:16 PM