MAYAT Syaza Wardiah ditemukan pada jam 11.47 pagi pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR). FOTO Ihsan JBPM
MAYAT Syaza Wardiah ditemukan pada jam 11.47 pagi pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR). FOTO Ihsan JBPM
Recqueal Raimi

Tuaran: Kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilapor hilang semalam, ketika mandi bersama keluarga di sungai dekat Kampung Serusop, di sini ditemukan lemas, hari ini.

Mayat Syaza Wardiah Muesa, 12, ditemui pada 11.47 pagi oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang terbabit hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, operasi itu yang dibantu pelbagai pihak disambung pada 6.23 pagi.

"Mangsa ditemui di dasar sungai pada kedalaman kira-kira empat meter berhampiran lokasi kejadian. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya yang memberitahu SAR ditamatkan pada 12.10 tengah hari.

Dalam kejadian 2.30 petang semalam, tiga mangsa disedari hampir lemas dengan saksi sempat menyelamatkan dua orang, manakala mangsa dilapor hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Ogos 2023 @ 2:00 PM