DUA pemuda maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan Tun Abdul Razak, Taman Suria Muafakat pada awal pagi. FOTO Ihsan JBPM
DUA pemuda maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan Tun Abdul Razak, Taman Suria Muafakat pada awal pagi. FOTO Ihsan JBPM
Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Dua pemuda maut di lokasi kemalangan selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan Tun Abdul Razak, Taman Suria Muafakat di sini pada awal pagi hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, panggilan kecemasan diterima pada 1.55 awal pagi hari ini.

Menurutnya, seramai 12 anggota bersama sebuah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota bomba mendapati kemalangan membabitkan kereta Honda City yang dinaiki dua pemuda.

"Kereta itu dipercayai terbabas, seorang mangsa ditemukan tersepit dalam kereta manakala seorang lagi tercampak ke pembahagi jalan.

"Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, mangsa adalah Lee Chee Yong dan Seow Zong Ho yang berusia 19 tahun.

"Operasi tamat pada 2.55 pagi hari ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Ogos 2023 @ 2:57 PM