TELUR penyu yang dirampas dalam operasi berkenaan.
TELUR penyu yang dirampas dalam operasi berkenaan.
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Pasukan Polis Marin (PPM) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 4,200 telur penyu selepas menahan sebuah bot di perairan Sandakan di sini, malam tadi.

Menerusi Op Taring Gelora, jam 7.30 malam itu, PPM Sandakan menahan seorang lelaki warga Filipina berusia 57 tahun bersama bot yang sarat dengan muatan 4,200 telur penyu.

Semua telur penyu itu dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini dari Filipina.

Nilai rampasan telur penyu dianggarkan berjumlah RM8,400, manakala nilai keseluruhan rampasan bot dan telur penyu berkenaan berjumlah RM27,400.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan rampasan berkenaan.

"Tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2023 @ 8:42 AM