ISTANA Shah Alam. FOTO Ihsan FB Selangor Royal Office
ISTANA Shah Alam. FOTO Ihsan FB Selangor Royal Office
Ruwaida Md Zain


Klang: Sultan Selangor memberi perkenan bagi Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor, Isnin ini.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office, istiadat berkenaan akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang, pada 11 pagi.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor juga akan berlangsung pada hari sama, jam 2 petang.

Semalam, Menteri Besar Sementara (Caretaker), Datuk Seri Amirudin Shari mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyerahkan senarai berkenaan kepada Istana Selangor.

Amirudin dilapor berkata, pengumuman mengenai pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu akan dilakukan pihak istana.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Ogos 2023 @ 5:26 PM