MOHAMAD ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian karnival Pendidikan ATM, hari ini. FOTO Eizairi Shamsudin
MOHAMAD ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian karnival Pendidikan ATM, hari ini. FOTO Eizairi Shamsudin
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi bayangan akan mempertahan kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

"Apa pendapat wartawan, nak saya bertanding atau tidak?

"(Kalau) Perlu kalau begitu saya isytiharkan akan bertanding di DUN Rantau," katanya secara berseloroh ketika ditanya berhubung kedudukannya pada PRN akan datang.

Beliau yang juga menteri pertahanan berkata demikian pada sesi sidang media Majlis Pelancaran Karnival Pendidikan ATM, Penyampaian Dermasiswa Premium dan Sumbangan Komputer Riba di Wisma Pertahanan di sini, hari ini.

Untuk rekod, Mohamad mempertahankan kerusi DUN Rantau semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) pada April 2019 dengan majoriti 4,510 undi menewaskan tiga pencabar.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh 10,397 undi dan sudah menyandang kerusi DUN Rantau sejak 2004.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2023 @ 5:58 PM