Nurul Hidayah Bahaudin


Petaling Jaya: Bangunan lama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, di sini, terbakar, kira-kira 10 pagi, hari ini.

Kejadian ini adalah insiden kali kedua berlaku di bangunan sama. Sebelum ini, kebakaran dilaporkan di bangunan itu pada 12 Februari 2018.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian terbabit.

Setakat ini, kerja-kerja pemadaman api sedang giat dilakukan oleh pihak bomba.

ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di bangunan lama KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya. FOTO ihsan Bomba/pembaca
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di bangunan lama KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya. FOTO ihsan Bomba/pembaca

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mei 2023 @ 11:25 AM