DATUK Seri Anwar Ibrahim. FOTO Aizuddin Saad.
DATUK Seri Anwar Ibrahim. FOTO Aizuddin Saad.
Amir Abd Hamid


Kuala Lumpur: Aidilfitri perlu disambut dengan semangat perpaduan, pengorbanan dan daya juang yang sudah dipupuk sepanjang Ramadan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sikap ihsan dan Rahmah ditingkatkan kepada golongan masyarakat daif dan melarat serta mereka yang terpinggir tanpa mengira kaum.

"Alhamdulillah kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa pada Ramadan Al Mubarak dan kini kita bakal menyambut Aidilfitri.

"Sesuai dengan tradisi dan budaya yang dipupuk oleh Islam, kesederhanaannya, silaturahimnya mesti dipertahankan dengan tingkatan amal dan kebersihan jiwa yang cuba kita lakukan di bulan Ramadan lalu.

"Saya, Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan keluarga ingin mengucapkan salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat seluruh rakyat Malaysia, termasuk yang bertugas dan berada di perantauan," katanya dalam dalam perutusan Aidilfitri yang disiarkan di stesen televisyen tempatan malam ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu (22 April 2023).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2023 @ 9:35 PM