Loo Yuit Mei diburu polis.
Loo Yuit Mei diburu polis.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields sedang mengesan seorang saksi kes pecah amanah OG Height Condo bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, saksi dicari itu adalah Loo Yuit Mei, 66, yang bekerja sebagai Pengurus Bangunan.

Menurutnya, alamat terakhirnya di Kiara Residence 2 di Jalan Jalil Perwira 1, Bukit Jalil.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan saksi diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan atau menghubungi Inspektor Isma Hassif Ismail di talian 011-16253955.

"Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini," katanya.

Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berkaitan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2023 @ 12:50 PM