AMINUDDIN Harun. FOTO Arkib NSTP.
AMINUDDIN Harun. FOTO Arkib NSTP.
BERNAMA

Seremban: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM31.8 juta bagi pembinaan lima masjid di Negeri Sembilan, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata masjid berkenaan ialah Masjid Terapung Port Dickson, Masjid Ulu Beranang, Masjid Kariah Talang Tengah, Masjid Tunku Munawir Seri Menanti, dan Masjid Bongek.

"Dalam pertemuan pertama saya bersama Perdana Menteri, saya memohon peruntukan bagi pembinaan lima masjid di negeri ini. Mewakili kerajaan negeri saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya di sini hari ini.

Aminuddin berharap dengan pembinaan masjid tersebut, Syiar Islam terus bersinar di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2023 @ 5:05 PM