BERNAMA

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat hari ini meluluskan pelantikan Jawatankuasa Pemilih bagi tempoh Parlimen ke-15.

Ia diketuai Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul sebagai Pengerusi dan dianggotai enam ahli jawatankuasa.

Mereka ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya), Menteri Pengangkutan Anthony Loke (PH-Seremban) dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli (PH-Pandan).

Selain itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang), Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).

Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali mengikut Peraturan Mesyuarat 76 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Rakyat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2023 @ 2:07 PM