Keratan laporan terdahulu.
Keratan laporan terdahulu.
Abdul Rahemang Taiming


Tawau: Enam anggota polis dan pegawai yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan membunuh dan bersubahat membunuh pemandu e-Hailing ditukarkan ke jabatan lain.

Sumber berkata, mereka yang sebelum ini bertugas di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) kini ditempatkan di Bukit Aman selain Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Difahamkan, arahan penempatan dan pertukaran itu dikeluarkan Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman bertarikh 3 Februari 2023.

Media semalam melaporkan enam anggota polis termasuk seorang orang awam didakwa membunuh Nurman Bakaratu, 61, manakala pegawai kanan polis berpangkat Datuk didakwa bersubahat dengan enam tertuduh itu bagi menyebabkan kematian Nurman.

Mereka didakwa melakukan perbuatan berhampiran kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, dekat sini, antara 7.30 malam hingga 10.30 malam, 13 Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2023 @ 5:13 PM