Siti Nur Qurratul'aina Quddus

LEBIH 30 tahun syarikat perabot Rozel Malaysia mendedsikasikan dirinya ke arah menyediakan pelanggan dengan pengalaman perabot bertaraf dunia, memperjuangkan ketukangan elit dengan perhatian yang teliti terhadap semua butiran terbaik.

Selaras dengan aspirasi ini, Rozel Malaysia memperkenalkan bilik pameran Maxiflex serba baharu di cawangan utama Jalan Klang Lama.

Bilik pameran ini direka khusus untuk pengalaman pelanggan, menyediakan tahap kepuasan dan keselesaan yang mengagumkan melalui tilam dan bingkai katil mewah yang dipamerkan.

Mendahulukan pelanggan dan suka berkomunikasi, Rozel mendengar serta bertukar maklumat untuk memahami keperluan pelanggan pada tahap yang mendalam.

Di Rozel juga, pelanggan bukan sahaja menyemak imbas perabot, tetapi mereka boleh menikmati lawatan mewah yang merangsang deria masing-masing.

Pameran yang disediakan membolehkan paparan rapi 10 atau lebih tilam dan rangka katil Maxiflex terkini pada bila-bila masa, yang menetapkannya sebagai antara bilik pameran tilam terbesar di Malaysia.

Rangkaian tilam Maxiflex Rozel diiktiraf di negara ini sebagai ciri kualiti semata-mata, dengan reka bentuk terasnya dikonsepkan dengan keselesaan, sokongan dan kemewahan yang unggul di barisan hadapan.

Image

Ia dicapai dengan penggunaan bahan terbaik alam semula jadi dalam setiap langkah dan lapisan pembuatan, untuk memastikan rehat yang bermanfaat tanpa mengira keperluan atau tabiat tidur individu.

Penyelidikan dijalankan selaras dengan reka bentuk teras Rozel, tilam Maxiflex dipadankan dengan bingkai katil kulit 100 peratus premium yang mewah, semuanya pada haraga berpatutan dan menjanjikan kehebatan kualiti yang bertahan.

Dengan semua elemen disediakan, kemegahan katil Maxiflex ini dipamerkan sepenuhnya di dalam dinding bilik pameran baharu.

Ia turut dihiasi perabot oleh pakar industri terkemuka bagi memberi pelanggan gambaran penuh tentang potensi tanpa had yang dimiliki oleh katil berjenama ini yang menekankan kuasa Maxiflex untuk mengubah bilik tidur kontemporari kepada paras yang lebih tinggi daripada bilik hotel terkemuka di dunia.

Bagi meraikan pembukaan bilik pameran ini, Rozel mengadakan promosi istimewa dalam kedai untuk membolehkan pelanggan membeli bingkai katil kulit 100 peratus pada harga serendah RM1,990.

Rozel turut menawarkan penghantaran percuma untuk tilam baharu dalam radius 10 kilometer dari mana-mana bilik pameran, serta pilihan ansuran bulanan dengan faedah 0 peratus sehingga 24 bulan.

Bilik pameran Rozel yang terletak di Lot. 7259 Batu, 5, Jalan Klang Lama, 58100 Kuala Lumpur dibuka setiap hari bermula 11 pagi hingga 9 malam.

Pelanggan juga boleh membuat pembelian secara dalam talian di laman web Rozel .

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 January 2023 @ 2:55 PM