Kediaman penduduk di Kampung Seberang Batu Badak di sini, yang masih digenangi air bah. FOTO Ahmad Ismail
Kediaman penduduk di Kampung Seberang Batu Badak di sini, yang masih digenangi air bah. FOTO Ahmad Ismail
Ahmad Ismail


Segamat: Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif di daerah ini yang menempatkan 32 mangsa (10 keluarga).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat berkata, dua PPS iaitu Dewan Komuniti Kampung Tasek dan Dewan Serbaguna Kampung Kuala Paya pula ditutup, kelmarin.

"Mangsa yang masih belum pulang ke rumah ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Badak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jawatankuasa itu menasihati penduduk yang tinggal berhampiran sungai supaya berwaspada sekiranya hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir berulang.

Sementara itu mangsa banjir, Othman Mohamad Dom, 48 berkata, dia terpaksa menghuni PPS lagi kerana rumah di Kampung Seberang Batu Badak yang masih digenangi air.

Katanya, kebanyakan rumah penduduk juga masih berlumpur dan tiada bekalan air bersih yang menyukarkan untuk mencuci rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Disember 2022 @ 2:57 PM