Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,157 orang, setakat jam 8 pagi ini berbanding semalam.

Menurut laman web infobencanajkmv2.jkm.gov.my, kesemua mereka membabitkan 376 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pasir Mas.

Kesemua mangsa masing-masing berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh iaitu seramai 590 orang, SK Gual Periok (323 orang), SK Kubang Kual (115 orang), PPS Putat Tujoh dengan jumlah 83 orang dan Masjid Mukim Padang Licin seramai 46 orang.

Mereka membabitkan 402 lelaki dewasa, 374 wanita dewasa, 356 kanak-kanak lelaki dan perempuan serta 25 bayi.

Sementara itu, berikutan hujan lebat sejak semalam, ia menyebabkan beberapa paras air sungai di Kelantan meningkat.

Mengikut https://publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras bahaya dengan bacaan 9.58 meter (m) berbanding paras normal 5 m dan Sungai Golok di Kuala Jambu Tumpat di paras amaran iaitu 2.06 m berbanding normal 0.7 m.

Paras air sungai yang lain iaitu Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu; Sungai Kusial di Tanah Merah; Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Galas di Kampung Pulai, Gua Musang masih berada di bawah paras normal.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Disember 2022 @ 4:14 PM
Tinjauan di Sungai Golok menunjukkan paras melebihi tahap bahaya kertika tinjaunan hari ini. Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,157 orang setakat jam 8 pagi ini berbanding semalam. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR
Tinjauan di Sungai Golok menunjukkan paras melebihi tahap bahaya kertika tinjaunan hari ini. Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,157 orang setakat jam 8 pagi ini berbanding semalam. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR