DR Ahmad Zahid berucap sewaktu hadir ke Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia (MCWEA) dan Anugerah Kecemerlangan MCWEA 2022. FOTO Bernama
DR Ahmad Zahid berucap sewaktu hadir ke Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia (MCWEA) dan Anugerah Kecemerlangan MCWEA 2022. FOTO Bernama
Fahmy A Rosli


Petaling Jaya: Umno sedia menerima apa juga usul sekiranya ia dapat memperkukuhkan parti dan barisan kepimpinan, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi.

Beliau berkata pelbagai aspek akan dipertimbangkan bukan saja pandangan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mencadangkan jawatan presiden dan timbalan parti tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.

"Itu adalah pendapat peribadi Datuk Seri Jamal Md Yunos supaya dan kita akan terima apa saja usul yang dapat memperkukuhkan Umno.

"Yang lebih penting, kita dapat merapatkan saf dalam kalangan kita setelah kita terpukul dengan kuatnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Tidak (akan mempertimbangkan usul oleh Jamal saja). Kita akan mengkaji semua aspek sebab yang penting adalah bagi kita merapatkan saf kepimpinan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulang tahun ke-10 Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia (WCWEA) di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jamal mengesyorkan agar jawatan Presiden Umno dan Timbalannya tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.

Asas kepada cadangannya itu, Jamal menjelaskan ini kerana Umno masih lagi dalam keadaan rapuh dan tidak stabil.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Disember 2022 @ 11:52 PM