HOSPITAL Sarikei memohon bantuan orang ramai mengesan ibu bapa Suzie Santi Rio ak Boi. FOTO Jabatan Penerangan Sarawak
HOSPITAL Sarikei memohon bantuan orang ramai mengesan ibu bapa Suzie Santi Rio ak Boi. FOTO Jabatan Penerangan Sarawak
Norsyazwani Nasri

Kuching: Hospital Sarikei memohon bantuan orang ramai mengesan ibu bapa pesakit, Suzie Santi Rio ak Boi yang berasal dari Rumah Jenggut, Nanga Bulo, Kapit.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Hospital Sarikei, hari ini, remaja perempuan berusia 15 tahun itu masih mencari ibu bapanya memandangkan sepanjang berada di hospital, ibu bapa pesakit tidak datang melawatnya.

Pesakit memaklumkan bapanya bernama Boi ak Sinmong manakala ibunya bernama Leja ak Lubok.

Pesakit turut memberitahu telah berpisah dengan ibu bapanya sejak sekian lama.

Berdasarkan alamat yang terdapat di sijil lahir pesakit, alamat terakhir ibu bapanya adalah di Rumah Jinggut, Nanga Bulo, Kapit.

Pesakit tersebut masih berada di Wad Kanak-Kanak Hospital Sarikei buat masa ini.

Hospital Sarikei memohon agar pihak yang mengenali Boi ak Sinmong dan Leja ak Lubok untuk memaklumkan mereka tentang keberadaan pesakit dan datang segera ke Hospital Sarikei untuk perancangan discaj pesakit.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Pegawai Kerja Sosial, Unit Kerja Sosial Perubatan, Setayler Saing di 084-653333, ext: 2058 dengan segera.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2022 @ 12:41 PM