Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ismail Sabri. Berangkat sama ke pertemuan itu Tunku Ismail. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Ismail Sabri. Berangkat sama ke pertemuan itu Tunku Ismail. FOTO Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Izz Laily Hussein


Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Berangkat sama ke pertemuan itu adalah Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap yang berlangsung kira-kira satu jam itu dibuat bersempena lawatan Ismail Sabri ke negeri ini.

Ismail Sabri yang juga penyandang kerusi Parlimen Bera dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi itu turun ke Johor bagi menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama warga Ayer Hitam di Dewan Terbuka Taman Suria Ros, 2.30 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 November 2022 @ 3:02 PM