SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Mohamed Farid Noh


SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua (DMIJ) membawa gelaran Dato' kepada tiga orang individu.

Menerusi muat baik terbaharu di laman Facebook baginda, Sultan Ibrahim mengurniakan DMIJ kepada Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Dua lagi penerima adalah Pegawai Daerah Muar, Datuk Mohd Haffiz Ahmad dan Pengarah Perubatan Hospital Gleneagles Singapura, Datuk Dr Lee Kang Hoe.

Majlis pengurniaan berkenaan diadakan di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini, pagi tadi.

Turut berangkat ke majlis itu, Pemangku Raja, Tunku Ismail Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor.

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 January 2020 @ 2:23 PM