NOTIS Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
NOTIS Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
Amirul Aiman Hamsuddin


Shah Alam: Lima Taman Eko Rimba (TER) di Selangor ditutup kepada pengunjung awam mulai 1 November ini.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notis di laman Facebook memaklumkan penutupan itu sehingga 31 Januari tahun depan.

Menurutnya, lima TER yang terbabit adalah Sungai Tua, Sungai Tekala, Sungai Sendat, Gunung Nuang dan Komanwel.

"Penutupan ini sebagai langkah berjaga-jaga kejadian kepala air berikutan musim tengkujuh yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pengunjung," katanya di sini.

Sebelum ini, JPNS memaklumkan semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal negeri ini ditutup kepada pengunjung ekoran musim tengkujuh.

Penutupan itu bermula 1 November ini hingga 31 Januari tahun depan.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan yang tidak diingini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2022 @ 9:26 AM