GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kerajaan melalui Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) akan menyediakan pelaburan Dana Asas berjumlah RM100 juta khusus bagi syarikat Bumiputera sebagai dana pelaburan langsung untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Ini akan melibatkan nilai pelaburan minimum sebanyak RM10 juta bagi setiap pelaburan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz semasa membentangkan Bajet 2023 bertemakan 'Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, Pelaburan Hartanah Bhd pula akan mendapat peruntukan sebanyak RM50 juta untuk terus melaksanakan pembangunan komersial bagi menambah nilai pemilikan hartanah Bumiputera termasuk di tanah rizab Melayu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2022 @ 7:12 PM