LANGIT kelihatan gelap ketika tinjauan cuaca sekitar Kota Kinabalu petang ini. FOTO Mohd Adam Arinin
LANGIT kelihatan gelap ketika tinjauan cuaca sekitar Kota Kinabalu petang ini. FOTO Mohd Adam Arinin
Fadhilah Mazlan


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan dan ribut petir membabitkan beberapa negeri di seluruh negara sehingga Rabu ini.

METMalaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir berlaku di beberapa tempat di Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta pedalaman Perlis, Kedah, Perak dan Pahang pada petang ini.

Selain itu, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Bentong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak, serta kawasan pedalaman dan pantai barat Tawau, Sandakan dan Kudat di Sabah.

Keadaan akan berterusan pada waktu malam di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor, selain Miri, Limbang, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu di Sarawak serta pedalaman dan pantai barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan di Sabah.

Berdasarkan laman sesawang METMalaysia, hujan dan ribut petir juga diramalkan berlaku sepanjang hari di beberapa kawasan di seluruh negara hingga Rabu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan cuaca dan amaran dengan melayari https://www.met.gov.my/.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Oktober 2022 @ 1:07 PM