KAPAL dagang yang berlanggar di perairan Batu Pahat di sini, semalam sudah bergerak ke destinasi masing-masing. FOTO Ihsan APMM
KAPAL dagang yang berlanggar di perairan Batu Pahat di sini, semalam sudah bergerak ke destinasi masing-masing. FOTO Ihsan APMM
Mary Victoria Dass


Batu Pahat: Dua kapal yang berlanggar di barat daya Tanjung Laboh, perairan Batu Pahat, awal pagi semalam sudah bergerak ke pelabuhan.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff Mohd Yunus berkata, MV Gsl Grania yang berdaftar di Liberia bergerak ke Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor manakala MV Zephyr I yang berdaftar di Panama ke Tanjung Bruas Melaka.

Beliau berkata, syarikat perkapalan berkenaan akan bertindak bagi urusan selanjutnya dan tiada siasatan lanjut dilakukan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkaitan kejadian.

"Setakat laporan yang kami terima, kedua-kapal meneruskan perjalanan ke pelabuhan seterusnya," katanya.

Semalam media melaporkan APMM menerusi Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat daripada Jabatan Laut Wilayah Selatan memaklumkan kejadian berkenaan.

Kapal Klang Vessel Traffic Services (VTS) menerima panggilan dari kapal MV GSL Grania berkaitan kejadian yang berlaku di jarak kira-kira 11.7 batu nautika barat daya Tanjung Laboh.

Berita berkaitan:

  • 2 kapal dagang berlanggar di perairan Batu Pahat
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 September 2022 @ 1:02 PM