ISMAIL Sabri (dua kanan) dan Syed Hussian ( kanan) menghadiri tayangan khas Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, hari ini. FOTO Aswadi Alias.
ISMAIL Sabri (dua kanan) dan Syed Hussian ( kanan) menghadiri tayangan khas Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, hari ini. FOTO Aswadi Alias.
Raja Noraina Raja Rahim


Petaling Jaya: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa menghadiri tayangan khas Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang dianjurkan Media Prima Berhad (MPB) di TGV Cinemas Bandar Utama di sini, malam ini.

Ketibaan beliau pada 8.15 malam disambut Pengerusi Kumpulan MPB Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Urusan Kumpulan MPB Rafiq Razali.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia Datuk Michael Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Television Networks dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh serta Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA) Nazri Noran.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia Mohd Efendi Omar, Timbalan Editor Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen MPB Azhari Muhidin serta Pengarang Kumpulan Berita Harian Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa mengangkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Filem itu mengisahkan Pasukan Khas Udara (Paskau) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh.

Di Malaysia, pasukan TUDM mengadakan misi menyelamatkan mereka.

Filem lakonan Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As'ari dan Luqman Hafidz.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 September 2022 @ 9:56 PM