PASUKAN kesihatan membuat pemeriksaan terhadap warga emas di PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10. FOTO Facebook JPKK Kempas
PASUKAN kesihatan membuat pemeriksaan terhadap warga emas di PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10. FOTO Facebook JPKK Kempas
BERNAMA

Johor Bahru: Seramai 26 penduduk daripada lapan keluarga di Kampung Laut Batu 10 di Skudai di sini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir kilat.

Kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru memaklumkan PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10 dibuka dan mula beroperasi pada 7.30 malam tadi bagi menempatkan kesemua mangsa.

"Proses pemindahan mangsa dari lokasi banjir ke PPS sedang diusahakan dan laporan dari semasa ke semasa akan dikemas kini," katanya.

Terdahulu, beberapa kawasan di daerah ini dan Kulai dinaiki air berikutan hujan lebat kira-kira dua jam sejak 2 petang semalam.

Antara kawasan yang terkesan ialah Kampung Jaya Sepakat dan Taman Aman di Kulai manakala di Johor Bahru ialah Kampung Maju Jaya dan Kampung Laut Batu 10, Skudai.

Setakat ini, hanya sebuah PPS dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2022 @ 12:20 AM