PERKONGSIAN ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob atas pemergian isterinya Toh Puan Zurina Kassim di Facebook Istana Negara. FOTO Facebook  Istana Negara
PERKONGSIAN ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob atas pemergian isterinya Toh Puan Zurina Kassim di Facebook Istana Negara. FOTO Facebook Istana Negara
BERNAMA

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob atas pemergian isterinya Toh Puan Zurina Kassim hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Istana Negara, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah.

"Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

"Seri Paduka berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," menurut catatan itu.

Menurut catatan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan menzahirkan ucapan takziah secara peribadi menerusi panggilan telefon dari Ankara, Turkiye kepada Mohd Khalil sejurus mendapat perkhabaran duka itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 4:39 PM