MANGSA ditemukan terbaring di parkir bertingkat sebuah pangsapuri di Sungai Ara. FOTO ihsan bomba
MANGSA ditemukan terbaring di parkir bertingkat sebuah pangsapuri di Sungai Ara. FOTO ihsan bomba
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Wanita berusia 33 tahun cedera dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah pangsapuri di Sungai Ara, di sini, hari ini.

Mangsa yang juga penduduk di situ ditemukan dalam keadaan memeluk kitab dipercayai terjemahan al-Quran.

Wanita itu kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Mohd Awis Kharni Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengah hari.

"Ketika tiba di lokasi, mangsa terbaring di lantai dan mengalami kecederaan.

"Anggota bersama petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi rawatan awal, sebelum mangsa dibawa ke HPP bagi tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan mangsa ditemukan terbaring oleh orang awam di bahagian parkir bertingkat pangsapuri berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Ogos 2022 @ 7:22 PM